Tazkirah Sulung Mesyuarat Perhubungan PAS Perak.

13 07 2009

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru telah menyampaikan satu tazkirah sulungnya dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Perak yang pertama. Tazkirahnya berkisar dalam persoalan amanah & tanggungjawab kepimpinan.

Beliau mengingatkan bahawa setiap pemimpin gerakan Islam di semua peringkat mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : Ikhlas kerana Allah S.W.T, tazkiatun Nafs (membersihkan hati melalui amalan-amalan sunat), menambah ilmu, mendahulukan akhlak, tawadhu’, komitmen & tanzim yang sempurna,tahdid awlawiyyat (mengutamakan keutamaan), husnul taamul (muamalah yang mesra bersama masyarakat, sentiasa peka dengan isu,bertindak secara syarie/jamie (husnai aada’/murunatul amal, wala’ (kesetiaan)yang mantap, istiqamah & thabat, memiliki fikrah islah, elak perpecahan/dekatkan ukhuwah, syura didahulukan taqwa diutamakan,

Selain itu, kempen bubarkan dun akan diadakan secara berterusan, usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat, program bina insan & islah, operasi dakwah dan gerak kerja pilihanraya diperhebatkan, kempen memperkasakan parti, pengilmuan masyarakat, menjana kemantapan ekonomi.

Beliau juga mengingatkan supaya pimpinan PAS hendaklah memulakan operasi tazkiah dengan berpuasa setiap Isnin & Khamis. meninggalkan tabiat merokok dan mesra ahli.





Syura didahulukan, Taqwa diutamakan

3 07 2009

IPOH (3.7.09): Pesuruhjaya Pas Perak yang baru, Ust Abu Bakar Hussin telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah Liqa’ Fikri Pemuda Pas Perak disamping menyerahkan watikah perlantikan kepada saf pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru.

Read the rest of this entry »





Pesuruhjaya PAS yang baru mahu meningkatkan sokongan pengundi Melayu di Perak

1 07 2009

Dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS, baginya adalah amanah berat yang mesti dipikul. Namun, amanah itu mesti bergerak seiring dengan tindakan. Ada kewajaran ahli-ahli PAS diajarkan dengan ilmu-ilmu politik yang menjadi sebahagiah daripada usrah. Malah konsep satu usrah, satu cawangan akan dijalankan selain dari memperkasa Lajnah Penerangan PAS Negeri. Kempen meramaikan ahli PAS, penambahan cawangan serta pendaftaran pemilih baru akan diligatkan selain membanyakan Kelab Penyokong PAS. Ikuti wawancara JOHARI JAAFAR berkenaan visi dan misi Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein di Pejabat Harkah Perak baru-baru ini.

Terlebih dahulu Harakah mengucapkan tahniah kepada ustaz yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru.

USTAZ ABU BAKAR: Terima kasih. Pemilihan saya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Ustaz Ahmad Awang, saya melihatnya satu tanggungjawab bukan penghormatan. Tanggungjawab yang bukan sedikit tetapi satu tanggungjawab yang besar kerana jawatan itu adalah amanah.
Saya dengan rasa rendah diri menerima jawatan itu. Saya percaya dengan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan terutama ketiga tiga sanyap parti, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan kekurangan yang ada pada saya dan sedikit pengalaman.

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.