BN MASIH DIBELENGGU TRAUMA PENOLAKAN RAKYAT

31 03 2010

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatkan bahawa perjalanan sidang DUN Perak yang berjalan semalam sedikit sebanyak menunjukkan BN masih lagi dibelenggu trauma penolakan rakyat terhadap mereka.

Beliau menyatakan Sebelum sidang DUN bermula, soalan-soalan ADUN PR ditolak oleh speaker Haram, dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah.

Bahkan, Sidang DUN yang dipenuhi polis, dengan layanan yang tidak adil kepada ADUN PR menunjukkan BN memang takutkan bayang-bayang sendiri, jelas beliau

Selain itu, Pemeriksaan keselamatan yang melampau oleh pihak polis, cuba menanamkan rasa takut dan bimbang kepada ADUN-ADUN PR yang hadir ke sidang DUN tersebut adalah satu tindakan yang tidak profesional dalam sebuah negara demokrasi.

Selain itu, Pihak media juga tidak dibenarkan masuk ke dalam sidang DUN, yang tidak berlaku sebelum ini.

Menurut beliau persidangan ini hampir-hampir menjadi persidangan pihak polis, apabila jumlah polis yang ada di dalam dewan terlalu ramai. ADUN PR juga tidak dibenarkan masuk ke dewan dengan pintu yang dipilih mereka, atas alasan pintu berkenaan ialah pintu BN.

Beliau mejelaskan lagi, bahawa semua adegan ini sebenarnya adalah manifestasi ketakutan BN terhadap kekuatan dan solidariti PR yang tidak goyah walaupun ditekan dari semua sudut.

Sehubungan itu beliau menyatakan bahawa ADUN PR tetap komited terhadap amanah rakyat, walaupun diancam dan dilayan dengan tidak sewajarnya oleh pihak BN. ADUN PR tetap hadir dan memberikan kerjasama yang baik ketika dalam sidang DUN.

Beliau berharap agar sidang DUN yang akan diteruskan ini akan terus menyaksikan komitmen ADUN-ADUN PR yang diketuai DS Nizar, yang merupakan kerajaan pilihan rakyat.





Kelantan Jadi Contoh Anjur Karnival Bercorakkan Islam

28 03 2010

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Kejayaan Kelantan menganjurkan Karnival Jom Heboh di Kelantan membuktikan keterbukaan kerajaan Islam yang dipimpin PAS untuk menerima hiburan yang menepati syara’ yang digariskan oleh Islam.

Menurut beliau kejayaan Kelantan ini mengubah persepsi masyarakat umum yang menganggap Islam sebagai agama yang jumud dan mengongkong.

Karnival ini membuktikan Islam merupakan cara hidup yang syumul, dan sesuai sepanjang zaman. Berbeza dengan karnival Jom Heboh di negeri-negeri lain yang mengutamakan hiburan, karnival Jom Heboh di Kelantan menampilkan kelainan dengan menitik beratkan aspek halal haram dalam karnival tersebut, jelas beliau.

Beliau menyatakan lagi bahawa pendekatan Karnival Jom Heboh di Kelantan hanya menetapkan artis lelaki sebagai penghibur dan mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan bagi mengelak pergaulan bebas antara bukan mahram. Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang diamalkan di Kelantan terbukti bukan suatu undang-undang yang menolak hiburan secara membuta tuli.

Menurut beliau lagi apa yang menambahkan keunikan karnival ini, apabila produk-produk Islam menjadi penyeri utama karnival tersebut yang merupakan kali pertama diadakan di Kelantan.

Kejayaan ini membuktikan kerajaan Islam yang cuba ditubuhkan oleh Islam merupakan kerajaan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat dan bersifat mendidik. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di atas satu lagi kejayaan negeri.

Semoga kejayaan Kelantan memulakan langkah pertama ini dapat dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, tegas beliau.





Pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Moga Dirahmati ALLAH

28 03 2010

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dan penduduk di kawasan Parlimen Hulu Selangor di atas pemergian Ahli Parlimen Hulu Selangor yang dihormati ini ke rahmatullah.

Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar kepada Pakatan Rakyat dan pastinya dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya penduduk Hulu Selangor.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian beliau.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.





PEMIMPIN UMNO MENGAPA TERUS MENGETEPIKAN ISLAM?

21 03 2010

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam yang diberi mandat sementara bagi menerajui negara sejak sebelum merdeka lagi.

Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, sememangnya matlamat perjuangan umno bukannya untuk Islam, tetapi mengambil kesempatan terhadap agama Islam bagi mengekalkan kuasa mereka di Malaysia jelas beliau.

Menurut beliau, lebih separuh kurun rakyat memberikan kepercayaan terhadap Umno bagi menerajui negara. Sememangnya dalam tempoh itu ianya telah membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.

Menurut beliau lagi, pemimpin Umno sering merasakan mereka terlalu kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Mereka turut menganggap bahawa mereka adalah tuan kepada sistem politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.

Selain itu beliau menjelaskan apa yang menyedihkan bagi kita umat Islam, pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti yang mewakili orang melayu.

Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga, tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih, tegas beliau.

Dalam ertikata lain, Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntuan syarak.

Kini umno semakin celaru apabila orang bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar.

Kini Umno cuba menggunakan perang psikologi dengan mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis.

Memetik ucapan beliau Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat bahawa, terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa dan mereka telah mengenepikan Islam sebagai dasar perjuangan

Kini, Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak berkesudahan akibat kekalahan besar dalam PRU ke 12 yang lalu.

Menurut beliau lagi, pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang celaru. Seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan. Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang berterusan daripada rakyat





Takziah Buat Keluarga Allahyarham Cikgu Abdul Samad Abdul Rani

15 03 2010

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Cikgu Abdul Samad Abdul Rani ( Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Bukit Gantang ) diatas pemergiannya kerahmatullah petang tadi.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )





UCAPAN TAKZIAH DARI PAS PERAK

15 03 2010

Saya bagi pihak Pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Panthiyan a/l Patchamuthu atau lebih dikenali sebagai Siva , Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Perak, merangkap Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak di atas kematiannya pada hari ini.

Bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sabagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS Negeri Perak, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sabagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat, beliau juga banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara. Khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak

Sekian, terima kasih.

Yang Benar;

Al fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )





PEMIMPIN UMNO PERLU KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM

9 03 2010

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang perjuangannya semata-mata politik berasaskan perkauman yang sempit seperti yang diamalkan mereka selama ini.

Menurut beliau UMNO tidak terkecuali daripada kesesatan itu maka pemimpin UMNO hendaklah bertaubat dan kembali menerima perjuangan yang berasaskan kepada Islam.

Menurut beliau Umat Islam yang mengambil perjuangan politik berasaskan sekularisma seperti yang diamalkan UMNO adalah sesat disisi Islam dan mereka perlu bertaubat dan kembali kepada asas-asas perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Beliau menjelaskan lagi untuk tahu perjuangan itu betul atau salah, umat Islam hendaklah merujuk perjuangan masing-masing berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Memetik kata-kata beliau, ” jika merujuk semula kepada al quran, sunnah dan sirah perjuangan para Anbiya’, perjuangan UMNO jelas bertentangan dengan perjuangan yang dibawa para anbiya’, ini kerana UMNO tidak meletakkan al quran sunnah sebagi rujukan utama bagi memandu perjuangan mereka ”.

Menurut beliau lagi UMNO membawa fahaman bahawa nak ikut Islam hanya dalam perkara sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Dalam bab politik dan undang-undang tak nak ikut Islam . Inilah pemikiran sesat, berhala baru yang terkeluar dari ajaran Islam.

Tambah Ustaz Abu Bakar lagi, bagi memelihara keteguhan keimanan umat Islam mereka perlulah bersama-sama perjuangan PAS, hal ini kerana PAS adalah parti yang konsisten memperjuangan Islam sejak dari zaman penubuhannya lagi.

Selain itu beliau juga menyeru supaya rakyat sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan pada setiap masa smada di surau, masjid atau dimana tempat-tempat pengajian bagi menambahkan kefahaman mereka terhadap Islam.

”Jika kita mahu mencari kebenaran maka selulah kita menghadiri majlis ilmu, zaman ini perkara yang merosakkan keimanan banyak. Kalau kita tak ada ilmu maka ia akan menjerumuskan diri kita kepada kejahilan.

” Kita juga perlu sentiasa beringat bahawa hidayah datang dengan dua cara, pertama melalui pengajian ilmu seperti kuliah, ceramah dan lain-lain. Dah dapat ilmu belum tentu lagi maka kena cari hidayah yang kedua dengan berdoa kepada Allah SWT minta petunjuk,” katanya.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.