PERUTUSAN KHAS SEMPENA BADAR KUBRO

27 08 2010

Saudaraku,

Badar al Kubro bukan kisah semata, sekadar diperagakan mengikut musim-musim untuk mempamirkan bahawa kalian sudah cukup kuat menghayati agama namun itulah kisah yang perlu ditelusuri sejarahnya Badar Al Kubro sebenarnya mengkisahkan segala-galanya disana ada kisah keimanan yang nyata, keperkasaan,keberanian,kepahlawanan,keikhlasan dan erti sebenar setiakawan persaudaraan.

Dan yang terlebih penting dari itu semua,

Disana ada kisah ketaatan mutlak kepada Allah dan Rasul Suruhan maka berbondong-bondonglah turun dari langit tentera yang tidak kelihatan sehingga tertewaslah penuh aib golongan yang menentang huku Allah SWT yang menafikan keagungan Tuhan, Lantas kelompok kecil yang serba kekurangan itu mencatatkan sejarah yang akan terus dirakam sehingga akhir zaman bahawa kemenangan hakiki bukan kerna aparat dan persenjataan sebaliknya kerna keyakinan dan keimanan.

Saudarku,

Hanya Islam sahajalah yang menjamin kesejahteraan,kebebasan,kebenaran dan keadilan Semoga berbahagialah kamu Sayiddina Hamzah dan sekian para syuhadah Badar bersiar riang disyurga Allah SWT menghirup segala kelazatan dan kenikmatan didalamnya kekal abadi sebagaimana yang telah dijanji Rasul Pilihan dan Pencipta Yang Maha Suci.

Ustaz Abu Bakar Hussain

( PESURUHJAYA PAS PERAK )





TERIMA KASIH BUAT SEMUA

24 08 2010

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah banyak membantu saya serta keluarga ketika mana kami diberi ujian oleh Allah SWT .

Jutaan terima kasih kepada muslimin muslimat yang mendoakan kesihatan arwah isteri saya ketika beliau masih hidup dan mendoakan kesejahteraan buat arwah isteri saya ketika beliau sudah kembali kepada Allah SWT.

Sesusungguhnya kematian itu adalah satu perkara yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa, Cuma masa dan saatnya sahaja tidak diketahui oleh kita.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan seluruh muslimin muslimat sekalian ingatlah akan firman Allah SWT, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30) maka Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman.

Ikhlas Dari

Ustaz Abu Bakar Hussain





RAMADHAN BULAN MENGEKANG NAFSU, MENGGERAKKAN JIHAD : PESURUHJAYA PAS PERAK

5 08 2010

Kedatangan bulan Ramadhan pada setiap tahun merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Digelar sebagai madrasah tarbiyah buat umat Islam, ia merupakan ganjaran hebat dan terbesar sepanjang tahun yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang wajib disyukuri pemberiannya oleh Allah SWT kepada kita semua, dengan merebut segenap ruang dan peluang untuk berbuat pahala. Menurut beliau lagi, bulan Ramadhan memahatkan seribu satu nostalgia kemenangan umat Islam di zaman dahulu yang kini menjadi motivasi buat mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Berdasarkan ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” – al Baqarah: 183

Ayat di atas merupakan perintah Allah SWT yang meminta seluruh umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan supaya di akhirnya, menatijahkan kita supaya bertaqwa kepadaNya. Dalam hal ini, Ustaz Abu Bakar mengatakan, latihan ataupun tarbiyah di dalam bulan Ramadhan harus dijalani dengan penuh makna kerana bagi setiap mereka yang berada dalam gerakan Islam, adalah perlu untuk mereka mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya perjalanan untuk membawa mad’u tidak tersasar dari landasan dakwah Islamiyah. “Saya meminta agar seluruh pejuang PAS di negeri Perak khususnya, untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan,” gesa beliau. Menambah mengenai hal ini, beliau mengatakan di antara amalan yang perlu diperbanyakkan ialah membaca al-Quran, memperbanyakkan solat sunat dan mengerjakan qiamullail di samping menggiatkan gerak kerja pilihanraya dan menjauhi maksiat di sepanjang Ramadhan.

Menceritakan mengenai sirah perjuangan umat Islam, beliau mengatakan, kebanyakan kemenangan besar umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadhan. Beliau menceritakan, di antara kisah yang termasyhur ialah kisah umat Islam di dalam perang Badar yang terjadi pada 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah. Dengan jumlah tentera Islam yang amat sedikit dan kelengkapan yang amat terhad, mereka berperang di medan Badar berbekalkan ketaqwaan kepada Allah SWT yang akhirnya menerima bantuan daripada Allah SWT. Beliau juga menceritakan bagaimana kemenangan Salahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan. Di antara pangajaran yang dapat diambil daripada kemenangan umat Islam di zaman dahulu ialah kerana dekatnya mereka dengan Allah SWT. Tentera-tentera yang ditarbiyah oleh Rasulullah SAW dan Salahuddin al-Ayyubi bukan hanya melahirkan manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT di dalam ibadah bahkan bijak di sudut taktikal dan kental di sudut fizikal.

Tambah beliau lagi, Ramadhan juga merupakan bulan jihad di mana pada bulan ini, umat Islam diasak bukan sahaja dengan nafsu makan, bahkan juga nafsu sekularisme. Melihat kepada keadaan semasa, bagaimana berjayanya pihak musuh Islam menanam sifat sekularisme di dalam rumah dan diri umat Islam. “Kita melihat bagaimana umat Islam yang berpuasa pada hari ini, berpuasa dalam keadaan tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat. Inilah hasil daripada 50 tahun pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya mengenai keadaan puasa masyarakat Malaysia kini. Merujuk kepada perkara ini, beliau mengajak kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia untuk bermujahadah bukan sahaja menentang nafsu makan, bahkan juga menentang nafsu sekularisme yang meletakkan Islam dalam keadaan asing.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan, beliau mengingatkan bahawa Ramadhan bukanlah bulan menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, jika diamati, Ramadhan merupakan bulan perkembangan politik Islam. Ini kerana, Islam mendapatkan kuasa pemerintahan semasa bulan Ramadhan seperti di dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Makkah) dan pembebasan Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi. Beliau juga menggesa kepada seluruh jentera PAS untuk menggiatkan gerak kerja dan mengambil keberkatan di dalam bulan Ramadhan. “Kita yakin Allah bersama kita dalam setiap gerak kerja kita,” kata beliau mengakhiri sesi perbualan.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.