HANYA DENGAN PERJUANGAN ISLAM SAHAJA BANGSA MELAYU AKAN DIHORMATI

22 04 2011

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, PAS adalah parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

Menurut beliau, PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

Beliau menyatakan, PAS jelas begitu konsisten berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.

PAS prihatin dengan nasib umat Melayu yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar di Malaysia, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan, PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini, tegas beliau





AMBANG PRU 13, PAS AKAN TERUS BONGKAR KEZALIMAN YANG DILAKUKAN UMNO/BN PADA RAKYAT: PESURUHJAYA PAS PERAK

18 04 2011

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-1 3 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Mengulas mengenai keputusan kerusi yang ditandingi PAS di Pilihanraya Negeri Sarawak, beliau berkata, ianya juga sebagai latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping melebarkan sayap dakwah PAS di Sarawak.

Menurut beliau, PAS telah mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak serta dapat memobilisasi jentera parti sebagai latihan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang,” .

Memetik ucapan beliau, “ Jentera PAS sememangnya memberi fokus utama kemenangan kepada kerusi yang PAS bertanding dan kita juga terus menerus memberi fokus untuk menyampaikan maklumat sekaligus mengurangkan majoriti undi BN.

” Kadang-kadang pencapaian itu bukan sahaja untuk menang. Pencapaian itu juga mungkin pertambahan undi dan pengurangan majoriti ”.

” Di Sarawak juga, pencapaian yang kita perolehi kita dapat sampaikan maklumat kezaliman BN kepada rakyat Sarawak, seterusnya ia menjadi perbualan rakyat untuk menumbangkan kezaliman BN,”

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, maklumat yang disampaikan sewaktu kempen PRN Sarawak semestinya akan memberi kesan kepada PRU 13 akan datang.

Menurut beliau lagi, PAS akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara di kerana ianya soal penting yang harus diketahui rakyat khususnya golongan muda yang dilihat sudah menolak kepimpinan UMNO/BN yang dipenuhi rasuah.

“Kita akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara dan kepimpinan negeri sebab ini menjadi trend politik dunia. Tegas beliau

Beliau juga menyatakan, fenomena baru kepada masyarakat sesebuah negara ialah soal integriti. PAS yakin dan percaya pengundi muda juga mendokong prinsip yang sama iaitu tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN yang penuh dengan rasuah.





FOKUS MENANGKAN CALON PAS, TUBUHKAN CAWANGAN BARU PAS SERTA SEBARKAN DAKWAH ISLAM DI SARAWAK : PESURUHJAYA PAS PERAK

11 04 2011

KOTA SAMARAHAN, 11 April: Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, berkata, PAS kini telah berjaya meluaskan ruang dakwah dalam kesempatan berkempen Pilihanraya Negeri Sarawak.

Menurut beliau, bagi Muara Tuang, Dun yang diamanahkan kepada tiga negeri iaitu Perak, Wilayah Persekutuan dan Terengganu, mereka menumpukan agenda dakwah sebagai aspek utama bagi mendidik dan menarik hati rakyat untuk memahami dan bersama perjuangan PAS sekaligus memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan calon parti itu.

Beliau berkata, kini rakyat Sarawak khususnya di Dun yang ditandingi PAS mendapat gambaran sebenar apakah perjuangan yang dibawa oleh PAS, dan dapat menerima dengan sebaiknya kehadiran.

Menurutnya, mereka begitu gembira dengan kehadiran PAS untuk menyampakan dakwah berkenaan Islam di samping bersama menyelesaikan masalah rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan bangsa.

Selain itu, beliau turut melahirkan kegembiraannya apabila berjaya menubuhkan cawangan baru PAS di Dun Muara Tuang.

“Setakat ini PAS telah berjaya menubuhkan 5 cawangan penaja PAS di Taman Desa Ilmu, Kampung Tanjung Bundong, Kampung Pinang, Kampung Sindang dan Kampung Pengkalan Kuap.

“Dengan penubuhan cawangan-cawangan penaja PAS ini akan merancakkan lagi gerak kerja dakwah dan tarbiyah bagi masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS,” ujarnya.

Ini, katanya adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang sekaligus membuktikan bahawa PAS diterima oleh masyarakat Sarawak.





RAKYAT TERUS DALAM KESUSAHAN JIKA UMNO BN TERUS MEMERINTAH

4 04 2011

IPOH,4 April, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa, sepanjang pemerintahan Dato Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, rakyat bawahan cukup merana dan tersiksa dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurut beliau kesan kenaikan harga barang ini akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini.
Beliau menyatakan, buktinya pada tahun 2010, harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Petrol RON97 telah dinaikan beberapa kali. Harga petrol RON97 dinaikkan pada Disember 2010 sebanyak 15 sen dan terahkir pada 6 Januari lalu dari RM2.30 kepada RM2.40.

Beliau turut menjangkakan tahun 2011 ini akan menyaksikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang mendadak dan membimbangkan.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menggambarkan bahawa, medan yang paling berkesan menghukum UMNO adalah pada pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Memetik ucapan beliau, “ Rakyat telah menunjukkan buktinya. Tekanan kuat kepada kerajaan pada tahun 2008, memaksa UMNO terpaksa mengaku kalah apabila rakyat dapat menafikan kuasa dictator UMNO BN di Malaysia selama ini”.

“Kenaikan harga petrol, diesel dan harga barang keperluan harian rakyat adalah besar kesannya dan menjejaskan sosio-ekonomi rakyat. Rakyat bawahan yang semakin gelisah dengan situasi itu menjadi bertambah tertekan dan terus tertekan dengan pemrintahan UMNO BN”.

Beliau menjelaskan lagi, apa yang amat menghairan ialah slogan yang digunakan Najib “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” merupakan kata—kata palsu . Tradisi sebenar UMNO BN selama ini ialah “ membelakangkan rakyat, kroni dibela” terus dilaksanakan.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru agar Rakyat segera bangkit dan bertindak untuk bersama berganding bahu bagi menumbangkan kerajaan UMNO BN yang sudah lama mengkhianati amanah rakyat ini, Rakyat Malaysia mempunyai potensi besar untuk membuktikan kepada UMNO BN bahawa kuasa sebenar ada di tangan rakyat.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.