UMNO HANYA MEMPERJUANGKAN KETUANAN SEKUMPULAN INDIVIDU MELAYU UNTUK KAUT KEUNTUNGAN NEGARA

25 10 2011

Perjuangan umno dalam memperjuangkan ketuanan melayu hanyalah sekadar untuk kekal memerintah selama-lamanya dan manafikan kehendak rakyat.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang bersungguh berjuang atas kebenaran dan kedaulatan rakyat dengan nilai kebenaran, ketelusan, kesaksamaan dan kepentingan rakyat diletakkan dihadapan, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di Pejabat PAS Perak baru-baru ini.

Umno sebelum ini telah banyak mengkhianati amanah rakyat, contohnya pemimpin mereka yang memegang kuasa di peringkat kerajaan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga, minyak, diesel, gas dan gula ketika rakyat dibelenggu masalah ekonomi dan pada masa yang sama bantuan pemimpin umno pada kroni mereka tidak pula dikurangkan.

Beliau menyatakan, konsep umno menguruskan rakyat jelas bercanggah dengan ajaran islam yang mempertahankan konsep kebenaran dan Allah maha berkuasa perlu diberi tempat sebagai tuan dengan perlu mengikuti perintahnya, malah dalam umno apa yang mereka sepakatipun tidak dipatuhi, maknaya mereka juga mengkhianati diri sendiri.

Selain itu beliau juga menyatakan, Umno sebenarnya tidak berusaha memartabatkan bangsa melayu, sebaliknya umno menjadikan bangsa melayu semakin haprak, hilang kuasa dan hak orang melayu juga dirampas.

Memetik ucapan beliau “ PAS menekankan Islam itu mestilah diutamakan, bahkan dalam konteks Pakatan Rakyat kita perjuangkan kehendak rakyat yang mahukan sebuah Negara yang adil,berkebajikan, berdemokrasi, jentera kerajaan bebas dari dipergunakan oleh umno, berikan hak kebebasan berhimpun dan hak yang sepatutnya menjadi milik rakyat”.

“ Umno sibuk dengan ketuanan Melayu, sedangkan mereka yang mentadbir negara ini lebih 50 tahun gagal meletakkan melayu di tempat yang sewajarnya”.

“ Inilah slogan Umno menipu rakyat yang kononnya merekalah parti yang memperjuangkan melayu, jika kita lihat perkembangan dalam Negara pada masa lalu yang menghapuskan imuniti raja melayu adalah umno sendiri”

“ Dan yang sebenarnya umno hanya memperjuangkan ketuanan sekumpulan individu melayu yang ingin mengaut keuntungan Negara”.





PILIH PEMIMPIN KERANA AKHLAKNYA : PESURUHJAYA PAS PERAK

20 10 2011

IPOH, 20 Oktober – Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengajak semua ahli politik, untuk sama-sama mencerminkan akhlak yang mulia sebagai pemimpin-pemimpin negara.

Dalam ucapan tersebut, beliau mengingatkan bahawa, walau sehebat mana propaganda, manipulasi dan permainan media yang dibuat, semua itu hanyalah bersifat kulit dan sementara.

Beliau juga mengingatkan bahawa kuasa adalah amanah, jika mereka yang menjadi pemimpin rakyat menonjolkan akhlak yang buruk, menayangkan video lucah untuk tatapan orang ramai, tidak mustahil rakyat yang dipimpin mereka akan melihat ianya sebagai suatu tindakan yang dibolehkan dan mengikut perbuatan tersebut.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, sebagai contoh, jika hari ini pemimpin Negara di kalangan pemimpin UMNO menonjolkan video lucah kepada orang ramai untuk menjatuhkan kredibiliti politik pemimpin Pakatan Rakyat, esok pula cara yang sama akan digunakan oleh rakyat dalam kes yang lain pula.

Bagaimana pula kalau yang mengikuti tingkah-laku pemimpin tersebut adalah keluarga atau orang terdekat dengan mereka? Bukankah budaya fitnah dan kerosakkan akhlak akan tersebar, soal beliau.

Oleh sebab itu, beliau mengajak pemimpin negara serta ahli politik seluruhnya untuk mencerminkan akhlak yang mulia. Malah beliau mengajak kepada rakyat untuk memilih seseorang pemimpin tersebut berdasarkan kepada akhlak dan tingkah-lakunya

Menurut beliau, memberikan ucapan dan dakwaan pihak itu benar atau pihak itu salah serta memberi janji adalah suatu perkara yang mudah bagi mana-mana ahli politik, tetapi yang betul-betul menentukan sama ada ahli politik tersebut sesuai menjadi pemimpin atau tidak ialah akhlak serta tingkah-lakunya. Lagi dekat akhlak seseorang pemimpin tersebut dekat dengan akhlak Nabi s.a.w., lebih layak seseorang itu menjadi pemimpin rakyat.

Beliau mengingatkan agar seluruh pemimpin mengambil pengajaran dari Firman Allah SWT:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab:21)





SAMBUTAN 60 TAHUN PAS PERINGKAT PERAK 29 DAN 30 OKTOBER

17 10 2011

IPOH, 17 Oktober: PAS Perak akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak pada 29 dan 30 Oktober di Masjid Tinggi Bagan Serai Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Bagan Serai dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi titik mula perjuangan PAS suatu ketika dahulu.

“Program akan bermula daripada 29 Oktober lagi dengan karnival jualan amal, pameran sejarah , sukan PASTI dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat yang akan dihadiri oleh naib presiden PAS Yb Dato Mahfuz Omar serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Forum Kemerdekaan yang akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu , Prof Dr Abdul Aziz Bari , Sdr Baharom Shah (Adik Mat Indera) serta Dr Azhar Bahari sebagai moderator.

“Keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober, akan berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain itu tayangan video pengkisahan sejarah PAS serta pembentangan kertas dokumen Negara Berkebajikan oleh Yb Salahuddin Ayub juga turut diadakan.

Pada sebelah petangnya akan diadakan, Wacana Kemerdekaan yang membariskan,Tuan Haji Subki Abd Latif ( Kolumnis Harakah dan Veteran PAS) Sdr Mohd Fadhli Ghani (Pengarah Arkib PAS Pusat ) dan Zainuddin Andika (Aktivis Pejuang Kemerdekaan)

Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Perak, serta penyampaian anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.

Kemuncaknya ialah Ceramah Perdana 60 Tahun PAS yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

“Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,serta menunjukkan keizzahan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terus tegar memacu perjuangan di tanah air ini” katanya.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :05 2557237 ( PAS Perak ).








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.