PAS TAMBUN TURUN SEAWAL JAM 5 PAGI BANTU MANGSA BANJIR

21 02 2012

IPOH: Lebih 500 penduduk di Gugusan Manjoi, Silibin dan Batu Gajah, dekat sini, dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga satu meter, pagi semalam, yang juga banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun di kawasan itu.

Banjir kilat berpunca daripada hujan lebat selama beberapa jam itu turut menyebabkan empat sekolah terpaksa ditutup semalam.

Paras air meningkat secara mendadak terutama di beberapa sungai berhampiran kawasan kampung seperti Sungai Pari, Sungai Tapah dan Sungai Kinta berikutan hujan lebat luar biasa bermula jam 2 pagi sebelum reda sepenuhnya jam 8 pagi.

Kawasan lain turut terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden di Ipoh dan Kampung Sungai Terap di Batu Gajah, selain sebuah jambatan konkrit di Taman Wing Onn, di sini, runtuh akibat arus deras.

Empat sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, SMK Sungai Pari, Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcision Convent dan SK Seri Mutiara. Difahamkan, Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman Manjoi juga dinaiki air.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian yang turut bersama dalam misi mambantu mangsa banjir di kampung Manjoi ini, berkata kejadian banjir kali ini adalah ujian dari Allah SWT dan beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS membantu sedaya mampu untuk meringankan beban ditanggung oleh mangsa banjir.

“Setakat ini, kita mengenal pasti mangsa dari beberapa kampung di kawasan ini antaranya, Kampung Tengku Hussein, Kampung Datuk Ahmad Said dan Kampung Manjoi Lama dan PAS kawasan Tambun sudah menyediakan khidmat bantuan kepada penduduk kampong”.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PAS Perak Haji Asmuni Awi, turut bersama membantu mangsa banjir bermula dari pagi hingga ke malam dan menziarahi rumah-rumah mangsa dan kawasan yang ditenggelami air.

Beliau menyatakan, “PAS Tambun menyediakan bantuan segera seperti bekalan makanan dan pasukan unit amal untuk membantu segala kesulitan yang dialami penduduk terbabit”





EKONOMI ORANG MELAYU TIDAK PERNAH BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN UMNO

13 02 2012

IPOH, 13 Februari, Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara, jelas Pesuruhjaya PAS Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian mengatakan, yang sebenarnya perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh UMNO yang memerintah Negara selama ini.

Beliau menyatakan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin UMNO itu sendiri.

Memetik ucapan beliau “ sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri”

“ Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu”

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi”

“Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir menyatakan demikian dalam satu forum bahawa beliau sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”

“Katanya beliau telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan beliau diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan dan ia secara terang-terangan untuk membeli undi”

Justeru disini jelas menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu,semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin UMNO yang terus ingin membolot harta rakyat.





PAS GESA RAKYAT TOLAK RASUAH POLITIK PEMIMPIN UMNO

13 02 2012

IPOH,10 Februari, PAS Perak melihat kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan belbagai janji “kosong” apabila mereka diberi mandat sekali lagi dalam PRU 13 ini bahawa mereka akan membela nasib rakyat adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.

Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussian yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan janji “kosong” itu kerana jelas bahawa rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan Negara ditambah dengan gejala rasuah yang melanda pemimpin mereka.

Memetik ucapan beliau “ Umno sebenarnya memang juara dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah, penyelewengan, skandal akhlak, moral serta membawa kerosakan kepada sistem kehakiman”

“ Buktinya lihat sahaja bagaimana Umno merampas kerajaan Perak dengan cara zalim dan tidak demokratik sebelum ini “

Justeru PAS Perak mengharapkan agar rakyat perlu sedar bahawa Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk terus mengekalkan kekuasaan mereka selepas PRU 13 ini.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat bawahan tidak langsung didengari, tegasnya

Kini, rakyat sedar dan mengetahui akan kepalsuan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.

PAS Perak yakin rakyat tidak mudah untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan, tegasnya.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.