RASUAH MENTERI MELAYU ISLAM JATUHKAN MARUAH UMAT ISLAM

14 03 2012

IPOH, 14 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya dapat dibenteras dengan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.

Buktinya isu projek lembu Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang telah diseleweng oleh pemimpin UMNO BN yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia, seluruh rakyat Malaysia umum mengetahui bahawa cabinet kerajaan Malaysia terdiri dari menteri-menteri yang beragama Islam, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya rasuah yang berlegar dikalangan pemimpin umno bn yang memegang jawatan dalam kerajaan Malaysia.

Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja” ujar beliau.

“Bayangkan sekiranya duit yang berbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah negara Malaysia akan lebih maju lagi.”tegas beliau.

“Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat” seru beliau lagi.





PAS PERAK PASTIKAN PERAK KEMBALI KEPADA PAKATAN RAKYAT: PESURUHJAYA PAS PERAK

14 03 2012

IPOH 9 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan ikrar PAS Perak untuk memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

PAS Perak akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak, perkara ini sekaligus membuktikan kesediaan PAS Perak menggalas amanah dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini, jelas belau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu dalam ucapannya menegaskan kepada seluruh jentera PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran pembubaran parlimen yang akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang

Memetik ucapan beliau,

“Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah SWT jangan sesekali retak, jangan sesekali putus”

“Namun apa yang lebih penting adalah tugas seluruh jentera PAS berdamping dengan setiap pengundi di semua peringkat”

“Seluruh jentera mestilah memberikan komitmen semaksima mungkin”

” PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya”

“Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.

“Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk rakyat di negeri Perak ini,” katanya.





JABATAN AMAL PERAK TERUSKAN BERBAKTI UNTUK RAKYAT KERANA ALLAH: PESURUHJAYA PAS PERAK

14 03 2012

IPOH, 4 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian melahirkan rasa penghargaan yang sangat tinggi dari PAS Perak kepada seluruh anggota Jabatan Amal khususnya di Perak yang telah banyak membantu PAS Perak dari segala sudut.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta Ipoh.

Menurut beliau, PAS sangat menghargai Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana hari ini Jabatan Amal semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

“ Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela”

“ Lihat sahaja sumbangan besar ahli Jabatan Amal dalam beberapa pehimpunan yang besar, tugas mereka jelas membantu pasukan keselamatan awam bagi mengawal keadaan”

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan”

“ Malah ramai diantara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa”

Dalam ucapannya juga, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa ahli Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat yang hadir agar turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.

Turut serta dalam majlis itu ialah Haji Razman selaku Timbalan 3 Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Dahlan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Nazre Din dan Ustaz Hafez Sabri dari Dewan Pemuda PAS Perak.





UMNO JANGAN GUNA SAMSENG UPAHAN UNTUK SEKAT KEMARAAN PAKATAN RAKYAT

14 03 2012

IPOH, 28 Februari, Tindakan ganas dan ala samseng Umno kian melampau apabila mensasarkan serangan mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian, .

Pemimpin Umno takut berhujah dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat, lalu mereka menggunakan cara samseng untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat,jelas beliau.
Memetik ucapan beliau, “Ini cara yang sering digunakan pemimpin yang zalim,buktinya kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat”

“ Kita yakin stategi memberi upah samseng untuk merosakkan majlis yang dianjurkan Pakatan Rakyat membuktikan Umno semakin terdesak dalam meraih keyakinan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang”

“Ini adalah pilihan raya pertama dalam sejarah yang menyaksikan Umno tidak dapat memastikan kemenangan ekoran suasana politik sudah berubah, maka disebabkan itulah mereka sedaya upaya untuk merosakkan program yang dianjurkan Pakatan Rakyat supaya maklumat tidak sampai kepada rakyat”

“ Kebelakangan ini, program Pakatan Rakyat sering diganggu samseng upahan Umno BN tetapi kelakuan mereka dibiarkan polis sekalipun menyebabkan kecederaan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat”

Justeru itu, PAS Perak menyeru agar pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap golongan samseng upahan yang bertindak ganas dalam setiap program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Polis perlu bersikap neutral serta professional dalam menyiasat segala insiden yang berlaku agar dapat mengembalikan kewibawaan polis.

Hal, ini kerana banyak laporan polis telah dibuat berkenaan tindakan samseng upahan UMNO tetapi tiada tindakan serius diambil untuk membanteras insiden tersebut terus berlaku dan seterusnya mengelakkan sebarang persepsi polis yang berpihak sebelah,tegas beliau.

Selain itu, kita diperingkat Pakatan Rakyat mempunyai bukti-bukti yang kukuh yang mengaitkan kegiatan samseng tersebut ditaja oleh Umno, bukti yang jelas antaranya ialah insiden di Jalan Kebun,yang mana kita ada bukti gambar yang menunjukkan ketua samseng yang membuat kacau berjumpa dengan pemimpin Umno,” katanya.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.