PAS TAMBUN TURUN SEAWAL JAM 5 PAGI BANTU MANGSA BANJIR

21 02 2012

IPOH: Lebih 500 penduduk di Gugusan Manjoi, Silibin dan Batu Gajah, dekat sini, dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 hingga satu meter, pagi semalam, yang juga banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun di kawasan itu.

Banjir kilat berpunca daripada hujan lebat selama beberapa jam itu turut menyebabkan empat sekolah terpaksa ditutup semalam.

Paras air meningkat secara mendadak terutama di beberapa sungai berhampiran kawasan kampung seperti Sungai Pari, Sungai Tapah dan Sungai Kinta berikutan hujan lebat luar biasa bermula jam 2 pagi sebelum reda sepenuhnya jam 8 pagi.

Kawasan lain turut terjejas ialah Kampung Manjoi Lama, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 3, Taman Muhibbah, Lim Garden di Ipoh dan Kampung Sungai Terap di Batu Gajah, selain sebuah jambatan konkrit di Taman Wing Onn, di sini, runtuh akibat arus deras.

Empat sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, SMK Sungai Pari, Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcision Convent dan SK Seri Mutiara. Difahamkan, Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman Manjoi juga dinaiki air.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian yang turut bersama dalam misi mambantu mangsa banjir di kampung Manjoi ini, berkata kejadian banjir kali ini adalah ujian dari Allah SWT dan beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS membantu sedaya mampu untuk meringankan beban ditanggung oleh mangsa banjir.

“Setakat ini, kita mengenal pasti mangsa dari beberapa kampung di kawasan ini antaranya, Kampung Tengku Hussein, Kampung Datuk Ahmad Said dan Kampung Manjoi Lama dan PAS kawasan Tambun sudah menyediakan khidmat bantuan kepada penduduk kampong”.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PAS Perak Haji Asmuni Awi, turut bersama membantu mangsa banjir bermula dari pagi hingga ke malam dan menziarahi rumah-rumah mangsa dan kawasan yang ditenggelami air.

Beliau menyatakan, “PAS Tambun menyediakan bantuan segera seperti bekalan makanan dan pasukan unit amal untuk membantu segala kesulitan yang dialami penduduk terbabit”








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.