Pimpinan PAS Perak sesi 2009-2011

28 06 2009

IPOH, 28 Jun (Hrkh) – Teka-teki siapakah barisan kabinet PAS Perak bagi sesi 2009 – 2011 terjawab akhirnya apabila Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru, Ustaz Abu Bakar Huseein mengumumkan senarai kabinetnya selepas menyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri di Pejabat PAS Negeri semalam.
Iklan

Seperti yang dijangkakan Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Adun Pasir Panjang Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, manakala Dr. Khairudin Dato’ Abdul Malik kembali ke posisi asalnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Sebelum ini Dr. Khairudin memegang jawatan Bendahari.

Timbalan Pesuruhjaya 3 merupakan muka baru iaitu Ustaz Mustafa Shaari yang sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga memegang Lajnah Pendidikan PAS Negeri.

Sebelum ini jawatan Setiausaha disandang oleh Abdul Rahim Mat Arip, tetapi kini jawatan itu disandang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki.

Jawatan Penolong Setiausaha disandang oleh muka baru, Asmad Shahril Che Mat yang juga bekas pembantu khas kepada Exco Agama Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan pernah menjawat jawatan Setiausaha PAS kawasan Kuala Kangsar.

Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha PAS kawasan Gelang Patah, Johor dari tahun 2001 – 2003 serta bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Kangsar.

Manakala jawatan Bendahari menyaksikan Abdul Rahim Mat Arip kembali ke posisi asalnya.

Ketua Penerangan sebelum ini disandang oleh Misbahul Munir Masduki, kini disandang oleh muka baru yang juga Adun Titi serong, Khalil Idham Lim.

Pesuruhjaya PAS Perak yang baru turut memberikan amanah kepada penyandang jawatan Pengarah Pilihan raya Negeri (JPN) yang lalu Asmuni Awi untuk meneruskan tugasnya di posisi tersebut.

Empat daripada tujuh Ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan muka baru, iaitu Azhar Rifaie dari Teluk Intan dan memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Teluk Intan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Jawatan Dewan Pemuda PAs Perak selama 15 tahun, dan jawatan terakhirnya dalam Dewan Pemuda PAS Negeri sebagai ketua penerangan. pada tahun 2007. Dr. Najitossoleha Ahmad merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pusat yang juga Naib Dewan Muslimat PAS Negeri, disamping itu memegang jawatan Ketua Muslimat PAS kawasan Parit.

Seorang lagi muslimat yang dilantik, Hamizan Baharuddin merupakan bekas Naib Ketua Muslimnat PAS Negeri. kini menjawat jawatan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri. Beliau bergiat cergas dalam Dewan Muslimat PAS Negeri sejak tahun 1995 lagi.`

Di peringkat Dewan Muslimat PAS kawasan, beliau merupakan Timbalan Ketua Muslimat PAS kawasan Bukit Gantang.

Puan Hamizan juga pernah menjadi Pengarah Nisa’ Negeri Perak.

Seorang lagi muka baru iaitu Khairul Anuar Ismail. Beliau merupakan salah seorang tenaga penggerak Jabatan Pilihan raya PAS (JPN) PAS kawasan Bukit Gantang.

Muka lama yang dilantik, Aminudin Zulkifli, Muhamad K. Y. Tiang Abdulah dan Osman Meseri.

Pada sesi lalu lalu Aminudin menjawat jawatan Ketua Lajnah Undang Undang PAS Negeri. Manakala Mohamad K.Y Tiang pula pada sesi yang lalu menjawat jawatan Timbalan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri.

Osman Maseri pula muka lama dalam PAS Negeri dan pada sesi lalu memegang jawatan Ketua Lajnah Ekonomi dan Usahawan. Beliau juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tapah. – mks. _


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: