Lawatan Kerja ke PAS Kawasan Batu Gajah

3 08 2009

SDC10828SDC10868SDC10857

Alhamdulillah, jumaat lepas saya bersama rombongan ajk harian badan perhubungan PAS Perak diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk mengadakan lawatan kerja di Batu Gajah.

Alhamdulillah hasil dari lawatan kerja kami, saya melihat PAS kawasan Batu Gajah sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Batu Gajah, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka.

Dalam kesempatan pertemuan itu saya ada menekankan supaya kualiti tarbiyah perlu diperkasakan, usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin perlu diadakan selalu agar ruh perjuangan Islam yang ada dalam diri kita sentiasa bersinar, usaha-usaha untuk memperkasakan jemaah dalam wadah pilihanraya juga perlu ditingkatkan semaksima mungkin dari segi pengurusan yang strategik. seterusnya proses pengilmuan rakyat juga perlu diteruskan, banyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh kita, mudah-mudahan dengan ini rakyat akan lebih memahami Islam serta menyokong bahkan turut mendokong perjuangan.

Dalam kesempatan ini, saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Batu Gajah atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami kesana.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: