Lawatan Kerja ke PAS kawasan Kuala Kangsar

6 08 2009

SDC11048

SDC11034

Alhamdulillah,Saya melihat PAS kawasan Kuala Kangsar sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Kuala Kangsar, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka

Pada rabu 5 ogos yang lalu, saya bersama rombongan AJK Harian PAS Perak telah mengadakan lawatan kerja meninjau PAS Kawasan Kuala Kangsar.Dalam lawatan saya ke Kuala Kangsar, saya sempat menyatakan bahawa PAS sentiasa teguh dalam perjuangannya, ini kerana perjuangan PAS bersandarkan Al Quran, hadith, ijma’ dan Qias , PAS kini menjadi harapan rakyat di Malaysia untuk memimpin mereka. Umno/ Bn kini jelas ditolak rakyat kerana dasar perjuangan yang mereka bawa jelas sekali bertentangan dengan Islam ini kerana perkara-perkara asas dalam Islam sekalipun tidak dapat dilaksanakan umno/bn, contoh yang mudah ialah perintah Allah SWT kepada umat Islam untuk menutup aurat dalam firmannya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-nur: 31), perintah Allah SWT, ini jelas sekali tidak dihiraukan oleh umno/bn apabila ketua mereka iaitu najib selaku presiden umno sendiri tidak mengindahkan perintah Allah SWT ini apabila membiarkan isteri dan anaknya tidak menutup aurat, jika perintah berkaitan dengan aurat pun tidak dapat dilaksanakan pemimpin umno/bn apatah lagi perintah Allah SWT, berkenaan syariat dan perundangan Islam, namun disini kita melihat perjuangan PAS adalah atas dasar Islam, segala masalah yang berlaku kepada umat manusia dan seluruh makhluk Allah SWT, semuanya ada jalan penyelesaiannya dalam Islam, semua kaum berhak untuk bernaung di bawah keadilan dan keamanan Islam.

Saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana PAS kawasan Kuala Kangsar berjaya menunujukkan contoh yang terbaik kepada rakyat Kuala Kangsar, beliau juga menyatakan bahawa, PAS Kuala Kangsar sentiasa bersedia untuk menerajui dan menjuarai isu-isu rakyat dan dalam masa yang sama PAS Kuala Kangsar juga sentiasa memastikan agenda Dakwah dan Tarbiyah ahli dan rakyat sentiasa dihidupkan buktinya apabila perjalanan usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin, majlis-majlis ilmu dan segala perkara yang mendekatkan diri manusia dengan Allah SWT, dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif oleh PAS kawasan Kuala Kangsar.

Dalam kesempatan ini saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Kuala Kangsar atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami ke sana.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: