Lawatan Kerja ke PAS kawasan Sungai Siput

19 08 2009

SDC11162

SDC11160

Alhamdulillah, Saya melihat PAS kawasan Sungai Siput sangat tinggi komitmen mereka terhadap perjuangan Islam yang sedang kita junjung bersama ini. Bermula dari dewan ulama’, dewan pemuda, dewan muslimat, unit amal dan seluruh kekuatan sayap jemaah yang ada dalam jemaah kita sedang bergerak pantas di Kuala Kangsar, ini adalah petanda besar bahawa PAS sedang memimpin perubahan, dalam memastikan seluruh umat manusia terus mendapat keadilan dan keharmornian dalam kehidupan mereka

Pada rabu 13 ogos yang lalu, saya bersama rombongan AJK Harian PAS Perak telah mengadakan lawatan kerja meninjau PAS Kawasan Sungai Siput. Dalam lawatan saya ke Sungai siput, saya sempat menyatakan bahawa PAS sentiasa teguh dalam perjuangannya, ini kerana perjuangan PAS bersandarkan Al Quran, hadith, ijma’ dan Qias , dan kini PAS kini menjadi harapan rakyat Malaysia untuk memimpin mereka. Umno/ Bn kini jelas ditolak rakyat kerana dasar perjuangan yang mereka bawa jelas sekali bertentangan Islam, ini kerana Umno/Bn sememangnya sebuah parti sekular yang mendokong fahaman yang membawa individu dan masyarakat terpesong daripada memahami dan mengamalkan nilai dan norma Ilahi. Umno/Bn banyak membawa manusia kepada kehancuran kerana unsur perlakuan pimpinan Umno/Bn banyak bersifat pemerasan, pengkhianatan, kezaliman dan segala bentuk pencabulan atau pemalsuan merupakan aspek yang banyak terkandung dalam pemikiran dan pemahaman sekular Umno/Bn

Saya juga ada menyatakan PAS boleh memimpin perubahan kerana perjuangan PAS berasaskan keadilan sejagat yang menjadi tiang seri kepada seluruh rakyat Malaysia, jika dilihat kembali catatan sejarah, PAS pernah mendesak suruhanjaya read meletakkan Islam dalam perlembagaan persekutuan, tetapi Umno yang diberi mandat telah menafsirkan Islam hanya bersifat ritual sahaja, oleh itu menjadi kewajipan bagi kita sebagai pendokong Perjuang Islam PAS berusaha supaya Islam ditafsirkan mengikut Ad Din yang sempurna, sekaligus menumbangkan Umno/Bn yang selama ini hanya menggunakan Islam untuk kepentingan mereka sahaja

Saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana PAS kawasan Sungai Siput berjaya menunujukkan contoh yang terbaik kepada rakyat Sungai Siput, beliau juga menyatakan bahawa, PAS Sungai Siput sentiasa bersedia untuk menerajui dan menjuarai isu-isu rakyat dan dalam masa yang sama PAS Sungai Siput juga sentiasa memastikan agenda Dakwah dan Tarbiyah ahli dan rakyat sentiasa dihidupkan buktinya apabila perjalanan usrah, mukhayyam, rehlah, tamrin, majlis-majlis ilmu dan segala perkara yang mendekatkan diri manusia dengan Allah SWT, dilaksanakan secara sistematik dan komprehensif oleh PAS kawasan Sungai Siput.

Dalam kesempatan ini saya mewakili Badan Perhubungan PAS Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kawasan Sungai Siput atas kerjasama yang diberikan semasa lawatan kerja kami ke sana.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: