PAS Perak budayakan amal kebajikan pada rakyat

19 08 2009

khusyuk

Alhamdulillah, pada 15 ogos baru-baru ini saya diberi kesempatan oleh Allah SWT, untuk merasmikan Program Bulan Kebajikan PAS Perak yang diadakan di Padang Kampung Sungai Ranggam, Kampong Gajah sekaligus dapat bersama-sama Lunjah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak dalam program kemasyarakatan unutuk memberikan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

PAS sentiasa memahami bahawa masyarakat pada masa kini perlu dibudayakan dengan amal kebajikan supaya prihatin dengan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling. Kebajikan adalah satu konsep yang luas dan ia tidak terhad dengan hanya memberi bantuan berbetuk barangan semata-mata, Kebajikan juga boleh diberikan dalam bentuk perkhidmatan atau sumbangan tenaga seperti derma darah, program motivasi dan sebagainya

Saya melihat, program bulan kebajikan PAS Perak ini mempunyai pelbagai pengisian yang bertujuan untuk mengajak masyarakat melakukan kebajikan, program seperti ini perlu dikembangkan dan diteruskan oleh kepimpinan dan ahli di semua cawangan dan kawasan di Negeri Perak ini.

Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Lujnah Kebajikan PAS Perak, mudah-mudahan amalan kita diberkati Allah SWT.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: