SELAMAT BERMUKTAMAR

14 04 2010

Semua Dewan-dewan PAS negeri sedang sibuk bermuktamar di peringkat masing-masing. Di sesetengah kawasan, muktamar dewan-dewan serta PAS kawasan sudah pun berjaya dijalankan. Muktamar PAS negeri dan Dewan-dewan peringkat negeri akan diadakan dalam masa terdekat, sebelum diteruskan dengan muktamar peringkat Pusat di Kelantan nanti.

Dalam sibuk bermuktamar, hendalaklah diingatkan, muktamar ialah medan yang paling sesuai untuk bermuhasabah, tentang gerak kerja kita selama setahun. Ia bukan medan hentam menghentam, salah menyalah atau tuding menuding.Perbahasan-perbahasan hendaklah dijalankan dengan penuh matang dan beradab, sesuai dengan status PAS sebagai jemaah Islam. Konflik yang berlaku dalam negeri kita hendaklah dijadikan antara isi muhasabah utama kita dalam muktamar tahun ini. Selain itu Cadangan-cadangan, komentar-komentar dan kritikan-kritikan para perwakilan akan menjadi antara penentu perjalanan kita pada tahun hadapan. Idea-idea penggerak PAS Perak akan diperhatikan oleh seluruh negara, terutama dalam kita menghadapi konflik di negeri ini.

Komitmen semua penggerak kepada gerak kerja PAS juga ditagih, untuk memastikan perjuangan kita ini bukan habis setakat ini sahaja. Perjuangan kita bukan berasaskan pilihanraya semata-mata, tetapi gerakan setiap masa, tanpa ada had waktu tertentu. Janganlah kerana hak kita selaku kerajaan dalam Perak dinafikan UMNO dan BN, menjadikan kita lemah dan tidak bersemangat dalam gerak kerja. Gentarkan musuh dengan komitmen berterusan kita terhadap perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman ini. Motivasi kita pastinya Allah dan Rasul dan bukan bersifat kebendaan dan dunia semata-mata.

SIRRUALABARAKATILLAH

SELAMAT BERMUKTAMAR.





Doakan Kesihatan ADUN Titi Serong

7 04 2010

Seluruh kepimpinan PAS Perak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan YB Idham Lim dan moga-moga beliau cepat sembuh dari penyakit ini.
Marilah sama-sama kita mendoakan kesihatan ADUN Pakatan Rakyat ini dan moga-moga beliau terus bersemangat membela nasib rakyat di negeri Perak ini.





Takziah Buat Keluarga Allahyarham Ahmad Mokhtar Mutalib

2 04 2010

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Ahmad Mokhtar Mutalib ( Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Kangsar ) diatas pemergiannya kerahmatullah awal pagi tadi.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PAS Perak.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )