UMNO/BN TERLALU LAMA BERKUASA MENYEBABKAN HAK RAKYAT SEMAKIN TERABAI

23 06 2010

IPOH 23 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa UMNO/BN adalah sebuah pemerintah yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung, perkara ini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat.

Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar maka ianya akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesan. Apabila kerajaan UMNO/BN menggubal dan melaksanakan sebarang polisi maka ianya sudah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.

Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa sehingga menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak. Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik. Ianya bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih pasti akan lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan datang pasti akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.


Actions

Information

2 responses

30 06 2010
Abdul Ghafar

Asalamualaikum ust, ana bersetuju dgn pandangan itu,harap-harap rakyat malaysia akan mengubah kerajaan BN UMNO dengan parti yang adil untuk rakyat.
Di Perak pun MB Zamri telah membeli agama dan menjualnya dgn harga yang murah demi politik dungunya. Anak-anak Sekolah Agama Rakyat di minta pulang awal, sebab guru-guru agama itu diwajibkan hadir utk satu perjumpaan di Ipoh pada 1 Julai 2010. Apa dia ingat ibu bapa yang hantar ke sekolah agama percuma ka. MB Zamri telah salahguna kuasa.Rasuah agama dan mengorbankan ilmu agama anak-anak sekolah demi untuk bangga dirinya.

30 06 2010
Abdul Ghafar

Bila lagi rakyat Malaysia perlu jadi rakyat yang bijak dalam politik dan bertamadun mindanya. Yang lama,koyak,buruk,usang,kotor mesti dibuang saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: