JUDI BOLA MANSUH, KHIDMAT APCO JUGA PERLU DIMANSUH : PAS PERAK

1 07 2010

IPOH 29 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian
dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi
membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.

Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik
pelabur asing masuk kedalam Negara kita. Namun pada hakikatnya, kita
tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara
jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi
musuh ummat Islam, jelas beliau

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’
Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan
rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan
bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut
kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya,
kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah
menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin, tegas
beliau

Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan
menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita
pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun
apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat
yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada
kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal
adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between
Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv.
APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat
khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat
selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan
bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat
mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang
lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel
yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Semetara itu dalam sidang yang lain Setiusaha Badan Perhubungan PAS
Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta
itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa
sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh
mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat
perunding. Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang
boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk
kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja? Soal beliau

Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri
sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan
demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip
dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah
syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar
untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan
dengan kita? Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula
melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak
mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tegas beliau lagi


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: