PELANCARAN BUKU JINGGA PERINGKAT PERAK: PR SUDAH BERSEDIA

24 03 2011

IPOH: Pakatan Rakyat ( PR ) Negeri Perak sudah bersedia untuk mneghadapi pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, segala perancangan dan strategi di atur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan buku jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.
Memetik ucapan beliau “ Pakatan Rakyat Perak akan adakan penerangan daripada rumah ke rumahsecara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampong, Melayu, Cina dan India”

“ Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN )”

Hadir sama pada majlis itu, Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin ( PAS ), Datuk Ngeh Koo Ham ( Pengerusi DAP Perak), Dr Lee Boon Chye ( Timb Pengerusi PKR Perak ), Dr Dzulkifly Ahmad (Wakil Pimpinan PR Pusat) dan beberapa adun dan pimpinan PR yang lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, selain buku jingga Pakatan Rakyat Perak akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat, dan semestinya Manifesto peringkat Perak juga akan menawarkan konsep kerajaan berkebajikan terhadap Rakyat.

Beliau juga menyatakan, Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga untuk bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.





PAS PERAK SEDIA HADAPI PILIHANRAYA PADA BILA-BILA MASA

24 03 2011

IPOH, – PAS Perak bersedia menghadapi pilihan raya umum atau pilihanraya di Negeri Perak sahaja, bila-bila masa dari sekarang, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Walaupun kuasa memanggil pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

“Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” jelas beliau.

Beliau mengulas kenyataan kemungkinan DUN Perak juga akan dibubarkan dalam masa terdekat memandangkan DUN Sarawak sudahpun dibubarkan.
Beliau juga menganggap Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep Negara domokrasi yang sebenar kerana beliau ada menyatakan tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga berkata, soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya umum pada bila-bila masa.