KONVENSYEN NEGARA BERKEBAJIKAN BUKTI KOMITMEN PAS : PESURUHJAYA PAS PERAK

2 09 2011

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa Konvensyen Negara Berkebajikan yang bakal berlansung pada 10 September 2011 bertempat di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bakal menjadi bukti bahawa PAS komited dan bersungguh-sungguh dalam menegakkan sebuah Negara Islam.

Beliau turut menambah, konvensyen yang bakal dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah ini akan menjawab segala tomahan dan tuduhan yang mengatakan PAS sudah terpesong daripada membawa agenda Negara Islam. Ramai yang termakan dengan propaganda UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya PAS sudah dipengaruh oleh DAP dan PKR untuk mengubah agenda negara Islam. Presdien PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan kertas kerja Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaptama beliau.

Ustaz Abu Bakar Hussain menyeru pada seluruh kawasan di negeri Perak untuk memberikan komitmen dan menjayakan program tersebut. Tambah beliau, “Rakyat perlu mendapat kefahaman yang baik tentang agenda Negara Berkebajikan, barulah mereka akan lebih dekat dengan PAS”. Menurut Ustaz Abu Bakar, Hussain tema negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS pada muktamar yang lepas adalah antara intipati pembentukan negara Islam.

Sirah menunjukkan pentadbiran Rasulullah SAW dan khulafa Ar Rasyidin tidak pernah mengabaikan isu kebajikan di kalngan rakyat. Malahan, isu kebajikan inilah yang berjaya membawa lebih ramai manusia untuk melihat keindahan Islam dan seterusnya memeluk gama Isalm. “Banyak tokoh politik dan wakil NGO yang akan hadir pada konvensyen berkenaan untuk mengulas dan memeberikan respon terhadap agenda Negara berkebajikan”, katanya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: