SAMBUTAN 60 TAHUN PAS PERAK MANTAPKAN SAF PERJUANGAN : PESURUHJAYA PAS PERAK

4 11 2011

Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Perak yang diadakan baru-baru ini dilihat berjaya memantapkan saf perjuangan PAS dengan kehadiran lebih 25 ribu orang.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, kini kita melihat bagaimana pejuang-pejuang Islam diasak dari pelbagai sudut berhadapan dengan musuh Islam.

“Inisiatif PAS Perak mengadakan Program ini sangat baik dan bertepatan khususnya dalam suasana dan keadaan yang amat memerlukan kekuatan PAS di Negeri Perak pada ketika ini,” katanya ketika dihubungi.

PAS berharap agar peserta Sambutan 60 Tahun PAS Perak dapat mengambil peluang merapatkan ukhwah dan menaikkan semangat perjuangan agar gerak kerja lebih lancar dan tersusun.

“Jadilah ini satu tarbiyyah kepada kita dan mudah-mudahan akan diredhai dan dirahmati Allah. Mudah-mudahan Allah membalasnya dengan ganjaran pahala dan balasan syurga,” ujarnya.
Kita harap perkembangan positif PAS pada masa hadapan meningkat terus menerus untuk generasi akan datang untuk menyambung wadaha perjuangan ini dengan lebih gemilang.

Tambahnya lagi, Sambutan ini juga merupakan satu penghargaan kepada generasi perjuangan zaman silam yang terus istiqamah dalam memperjuangkan Islam.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: