UCAPAN ALUAN PESURUHJAYA PAS PERAK SEMPENA 60 TAHUN PAS

4 11 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izinNya, Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Negeri Perak berjaya diadakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa penggerak kerana berjaya menganjurkan suatu program yang dapat memantapkan saf perjuangan jemaah khususnya dalam suasana dan keadaan yang amat memerlukan kekuatan PAS di negeri Perak pada ketika ini.

Pada saat dan ketika ini, kita melihat bagaimana pejuang-pejuang Islam diasak dari pelbagai sudut untuk berhadapan dengan mereka tidak rela melihat keadilan Islam ditegakkan di muka bumi Allah SWT ini. Inisiatif PAS Perak mengadakan program sebegini sangat bertepatan dengan sirah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pada ketika terjadinya Perang Hunain. Di kala itu, tentera Islam yang diserang mengejut oleh pihak kuffar berada dalam keadaan kucar kacir. Pada saat itu juga, Rasulullah SAW memanggil kembali kesemua tentera Islam agar kembali merapatkan saf berperang melawan musuh pada ketika itu.

Selain itu, Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Negeri Perak yang diadakan juga bertepatan dengan ayat Allah SWT di dalam surah al-Anfal ayat ke-80 yang berbunyi : ”Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).”

Mudah-mudahan dengan adanya program sebegini, cukup untuk menggentarkan mereka yang ingin memusuhi Allah SWT.

Di samping itu juga, saya berharap agar para peserta Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Negeri Perak dapat mengambil peluang merapatkan ukhuwah agar gerak kerja lebih lancar dan tersusun. Jadikanlah ini tarbiyah kepada kita dan mudah-mudahan Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala.

Akhir kalam, selamat mengikuti program Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Negeri Perak. Bersama-sama kita menjayakannya.

“ Faham, Ikhlas, Amal”

ALLAHHUAKHBAR, ALLAHHUAKHBAR, ALLAHHUAKHBAR

Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak )


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: