PAS PERAK SAMBUT BAIK PALESTIN JADI ANGGOTA PENUH UNESCO

9 11 2011

IPOH, 9 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan hakikat Palestin menjadi anggota penuh UNESCO merupakan permulaan yang baik untuk masyarakat dunia meyedari akan kezaliman Zionis dan kesusahan yang dihadapi rakyat Palestin.

Sebanyak 107 undi daripada 173 menyokong Palestin seabgai anggota penuh UNESCO di PBB dalam satu resolusi di Paris.

Tambah beliau lagi, undi yang majoritnya daripada negara-negara Arab menunjukkan satu kesedaran yang baik dalam usaha mengembalikan hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal yang diusir dari Negara sendiri.

“Isu Palestin merupakan isu ummat Islam dan menjadi tanggungjawab bagi setiap muslim untuk menggembleng tenaga bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin”, ujar Ustaz Abu Bakar Hussain.

Beliau menambah lagi,keanggotaan penuh dalam UNESCO bakal membongkar lebih banyak kebejatan pihak Zionis dan memberi ruang yang lebih besar dalam misi memelihara tempat suci umat Islam dan memberi keadilan pada rakyat Palestin.

Tambah beliau lagi, rakyat Palestin merupakan front liner umat Islam abad ini dalam mendepani musuh-musuh Islam sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadis oleh Baginda SAW :

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

(Riwayat Bukhari)

Justeru beliau menyeru pada semua pihak agar lebih serius dan komited dalam usaha membantu saudara seagama di Palestin. Beliau meyentuh di akhir ucapan tentang konsep persaudaraan yang sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara dan mereka akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka perlakukan di atas muka bumi Allah SWT ini.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: