SEJAK BILA RUANG KEBEBASAN BERSUARA ADA DALAM UMNO?

10 11 2011


IPOH, 10 Nov 2011 Sejak bila ruang kebebasan ada dalam Umno? Soal Pesuruhjaya PAS Perak ketika mengulas berita yang dilaporkan bahawa terdapat pemimpin Umno yang terpaksa menubuhkan NGO semata-mata ingin mencari ruang kebebasan kerana ianya sudah pun tiada dalam Umno.

Menurut beliau lagi, bagaimana Umno ingin memberi kebebasan di dalam parti kalau di luar parti pun rakyat dan pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan parti kerajaan tidak diberikan ruang dalam televisyen dan media arus perdana untuk menyuarakan pandangan mereka sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak itu, “Kita menyeru kepada mereka yang merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan dalam Umno agar berhijrah kepada perjuangan PAS yang insyAllah diberikan ruang yang lebih besar untuk bersuara bahkan dasar perjuangannya juga jelas dari suber Al Quran, Sunnah, Ijmak Ulama’ dan Qiyas ”.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada laporan berita berkenaan luahan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengakui ‘tiada ruang bersuara’ dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: