KEMBALIKAN HAK KARIAH MENGURUSKAN MAJLIS ILMU DI MASJID

9 01 2012

IPOH ,9 Jan 2012. Cubaan pihak-pihak tertentu untuk campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran bagi menguasai masjid di Perak jelas tidak menghormati jemaah kariah di sesuatu kawasan.

Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika mengulas kekecohan yang berlaku berkenaan sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping baru-baru ini.

Menurut beliau, sekiranya mana-mana entiti politik yang berfahaman kebangsaan dan berfikiran sekular menguasai masjid, maka ianya akan membawa satu wabak yang bakal melumpuhkan peranan Masjid dalam mendidik ummah dan masyarakat setempat.

“Masjid yang terbabit dengan permainan puak seperti ini akan membawa kepada kerosakan dan pecah belah dikalangan ummah.”

“Apa yang dikehendaki ialah masjid yang diasaskan di atas jalan taqwa, yang mampu membawa jamaah dan ahli kariahnya mendekatkan diri kepada Allah,” katanya.

Oleh itu, golongan muttaqin tanpa mengira latar belakang mereka adalah orang yang paling layak untuk menjaga rumah Allah.

Beliau juga mahu fungsi masjid dan surau dikembalikan semula sesuai dengan matlamatnya untuk melahirkan manusia bertaqwa dan mengeratkan perpaduan umat Islam.

Pihak terbabit sepatutnya menghormati setiap jemaah masjid dan membiarkan mereka menentukan sendiri siapa yang akan menjadi pentadbir sesebuah masjid atau surau.

Dengan tindakan memberi peluang jemaah kariah untuk menguruskan masjid, maka keharmonian dan kejernihan dapat diserlahkan.

“Biarlah jemaah yang menentukan sendiri siapa yang akan mentadbir dan memimpin sesebuah masjid atau surau kerana mereka lebih mengetahui keadaan sesuatu tempat.

“Tanpa campur tangan politik kebangsaan dan sekular, menyebabkan institusi masjid dan surau dapat memainkan peranan mereka tanpa sebarang tekanan,” ujar beliau lagi.





KERAJAAN RAMPASAN KUASA UMNO PERAK AKAN DITAMATKAN OLEH RAKYAT PADA PRU 13 INI

9 01 2012

IPOH 5 Jan, PAS Perak menyatakan Umno BN terutamanya di Perak dilihat cukup terdesak dengan situasi politik di negeri ini, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, walaupun Umno BN menguasai media massa di negara kita, namum ianya tidak cukup untuk meyakinkan rakyat untuk mempercayai berita-berita fitnah yang mereka lemparkan kepada Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya di Perak.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa golongan muda kini semakin menjauhkan diri mereka dari Umno,dan perkara ini telah memaksa Umno BN Perak untuk turun padang menawan hati anak muda dalam program Jumpa Orang Muda ( JOM ) yang dianjurkan mereka.

Memetik ucapan beliau, “PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara”

“ Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, rakyat sentiasa diberikan berita-berita fitnah dari pemimpin Umno BN untuk menananm bibit-bibit kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat”

“ Dan terkini, sumber yang PAS Perak perolehi, kita melihat bahawa Adun-Adun Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka.”

Justeru PAS Perak melihat, kini Adun-Adun Umno sendiri sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh diterima oleh rakyat Perak atau tidak, tegas beliau.