Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bukan Duit UMNO

27 01 2012

UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana memanipulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu datang dari wang UMNO., tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk Negeri Perak kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian UMNO BN.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang UMNO.

Memetik ucapan beliau, “ Saya percaya kini UMNO semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah Negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat mampu laksanakan, kerana dasar penjimatan dan memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan”

“ Kini pemimpin UMNO kecoh menjadikan modal kempen pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya ini”

“ Pemberian yang diberi setiap 5 tahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk”





UMNO BN GERUN MELIHAT KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT

27 01 2012

IPOH, 20 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, Usaha BN untuk melihat PR berpecah menemui jalan buntu, malahan hubungan PR semakin akrab dan kini ternyata pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, apa yang menggerunkan UMNO BN ialah komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini.

Beliau menyatakan lagi semua ini bukannya retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri, walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Sebenarnya sebahagian besar 10 perkara sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan, tegas beliau.