Pesuruhjaya PAS yang baru mahu meningkatkan sokongan pengundi Melayu di Perak

1 07 2009

Dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS, baginya adalah amanah berat yang mesti dipikul. Namun, amanah itu mesti bergerak seiring dengan tindakan. Ada kewajaran ahli-ahli PAS diajarkan dengan ilmu-ilmu politik yang menjadi sebahagiah daripada usrah. Malah konsep satu usrah, satu cawangan akan dijalankan selain dari memperkasa Lajnah Penerangan PAS Negeri. Kempen meramaikan ahli PAS, penambahan cawangan serta pendaftaran pemilih baru akan diligatkan selain membanyakan Kelab Penyokong PAS. Ikuti wawancara JOHARI JAAFAR berkenaan visi dan misi Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husein di Pejabat Harkah Perak baru-baru ini.

Terlebih dahulu Harakah mengucapkan tahniah kepada ustaz yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru.

USTAZ ABU BAKAR: Terima kasih. Pemilihan saya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Ustaz Ahmad Awang, saya melihatnya satu tanggungjawab bukan penghormatan. Tanggungjawab yang bukan sedikit tetapi satu tanggungjawab yang besar kerana jawatan itu adalah amanah.
Saya dengan rasa rendah diri menerima jawatan itu. Saya percaya dengan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan terutama ketiga tiga sanyap parti, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan kekurangan yang ada pada saya dan sedikit pengalaman.

Read the rest of this entry »