UMNO PATUT MALU DENGAN DAP : PAS PERAK

1 06 2010

IPOH, 1 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan dalam
kenyataannya medianya bahawa UMNO patut malu dengan pendiriaan DAP
yang turut sama mahukan supaya lessen judi sempena kejohanan piala
dunia 2010 diharamkan serta merta bagi mengelakkan gejala tidak
bermoral menular di negera ini.

Menurut beliau, UMNO perlu sedar bahawa bukan PAS dan KEADILAN sahaja
yang menentang kejahilan UMNO dalam isu pengharaman lesen judi ini,
bahkan DAP yang ahli dan pimpinannya yang majoriti dikalangan bukan
Islam juga turut menentang kejahilan UMNO dalam isu pemberian lesen
judi ini.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO juga sepatutnya mencontohi tindakan
yang diambil oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau
Pinang dalam menyekat mudharat judi yang akan merosakkan seluruh
rakyat Malaysia dengan cara mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT)
mengeluarkan surat kepada pengusaha loteri akan pengharaman lessen
perjudian sempena kejohanan bolasepak piala dunia ini

Menurut beliau, PAS Perak khususnya akan terus konsisten menentang dan
mendesak semua jenis perjudian tidak kira kecil atau besar yang
melibatkan umat Islam khususnya diharamkan, perkara ini penting kerana
judi adalah satu perkara jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan sunnah.

Beliau menambah lagi, PAS begitu kecewa dengan sikap pimpinan melayu
UMNO yang terus mempertahankan kejahilan mereka dalam menentang hukum
yang di tetapkan Allah SWT, bagi PAS jika UMNO begitu degil dalam
mempertahankan kejahilan mereka dengan membelakangkan perintah Allah
SWT, maka sudah tiba masanya seluruh umat Islam di Malaysia memilih
PAS sebagai wadah perjuangan mereka agar kesucian agama Islam itu
dapat dipelihara berdasarkan perintah Allah SWT.

Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa, PAS Perak juga
akan terus konsisten bersama Pakatan Rakyat dalam menentang kejahilan
UMNO mempertahankan untuk meneruskan lesen judi ini.





PAS PERAK GESA SOLAT HAJAT DAN DOA QUNUT NAZILAH PERLU KONSISTEN

1 06 2010

IPOH, 1 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari menyatakan bahawa PAS Perak
mengharapkan agar umat Islam terus konsisten dalam melakukan solat hajat serta bacaan qunut nazilah bagi mengharapkan bantuan ALLAH SWT
keatas umat Islam Palestin serta menyelamatkan delegasi misi bantuan
keamanan ke Palestin yang diserang dengan cara tidak berperikemanusiaan oleh tentera zionis Israel semalam.

Menerut beliau kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa sekarang segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan
komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya, mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Israel.

Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan
dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia,
ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba
kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa
itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya, jelas beliau

Oleh itu umat Islam perlu yakin dengan janji ALLAH SWT di dalam Al Quran, Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8 “ Mereka ingin dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan menerimanya, tetap menentang dan menolaknya” Ini adalah janji Allah
SWT kepada hambanya dan ayat wajib tersemat di hati setiap umat Islam

Sehubungan dengan itu beliau meminta agar seluruh ahli PAS di
peringkat cawangan, kawasan serta negeri Perak khususnya, agar meneruskan solat hajat dan doa qunut nazilah dengan kosisten serta yakin dengan janji Allah SWT “ Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya.
Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff :13)