PAS DAN PR AKAN MENANG BESAR JIKA PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL

31 01 2012

Ipoh, 31 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa, apabila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negaranegara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Beliau menyatakan,contohnya apabila pemerintahan ‘kuku besi’, diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang besar disana.

Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas, kita dapat melihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimenMesir, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

“Maksudnya, parti Islam pasti akan mencapai kemenangan bila ada ruang demokrasi diberikan kepada rakyat di Negara mereka”

“ Sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir”

“ Sebenarnya rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN)”

“Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,”jelasnya.





Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bukan Duit UMNO

27 01 2012

UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana memanipulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu datang dari wang UMNO., tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk Negeri Perak kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian UMNO BN.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang UMNO.

Memetik ucapan beliau, “ Saya percaya kini UMNO semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah Negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat mampu laksanakan, kerana dasar penjimatan dan memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan”

“ Kini pemimpin UMNO kecoh menjadikan modal kempen pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya ini”

“ Pemberian yang diberi setiap 5 tahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk”





UMNO BN GERUN MELIHAT KEJAYAAN PAKATAN RAKYAT

27 01 2012

IPOH, 20 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, Usaha BN untuk melihat PR berpecah menemui jalan buntu, malahan hubungan PR semakin akrab dan kini ternyata pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, apa yang menggerunkan UMNO BN ialah komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini.

Beliau menyatakan lagi semua ini bukannya retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri, walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Sebenarnya sebahagian besar 10 perkara sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan, tegas beliau.





TAKZIAH DARI PAS PERAK BUAT DR MUHAIMIN SULAM SEKELUARGA

20 01 2012

PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dr Muhaimin Sulam ( Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak ) atas pemergian ayah mertua beliau Haji Wan Ismail bin Haji Nik Salleh ke rahmatullah semalam.

Jenazah ayah mertua beliau meninggal di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.

“Sesungguhnya warga PAS Perak turut merasai kesedihan yang dihadapi keluarga beliau,” kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Katanya, PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup di atas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah Allah SWT.

“Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin,” ujarnya.





RAKYAT DERITA MENANGGUNG PERBELANJAAN NEGARA, PARA MENTERI MEWAH DENGAN SUBSIDI

17 01 2012

IPOH, 17 Jan, Pesuruhajaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, sesebuah negara jika mahu terus maju ke depan harus sentiasa melakukan perubahan yang menguntungkan rakyat.

Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah, terus-menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap – sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut, tegas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru, sebagai rakyat Malaysia kita mesti menolak kerajaan BN pada pilihanraya umum nanti, kita mesti tolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak.

Kita yang bekerja penat – lelah, siang dan malam bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar Menteri dan Perdana Menteri yang mendapat segala macam keistimewaan atas nama subsidi.

Menurut beliau lagi, dalam sejarah menunjukkan ramai Khalifah – khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat, mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka.

Lihatlah sejarah, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya, mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin, mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri tegas beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Perdana Menteri dan para Menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat, perbelanjaan isteri Perdana Menteri ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta, alat soleknya mencecah ratusan ribu, semuanya menggunakan wang rakyat, mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi”

“ Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik – peluh rakyat yang bekerja siang malam”

“ Di saat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang, dalam masa yang sama subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain – lain telah ditarik”

Pesuruhajaya PAS Perak itu mempersoalkan, pernahkah kerajaan BN terfikir untuk memotong gaji para menteri, Jika Menteri dan Perdana Menteri benar berjiwa rakyat?

Sepatutunya merekalah yang harus ke depan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini, Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu, bukannya subsidi rakyat bukan subsidi barang keperluan rakyat, jelas beliau.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara, kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara, sedangkan pemimpin BN bersenang – lenang dengan harta yang mereka kumpul selama ini hasil dari jawatan mereka, tegas beliau.

Beliau mempersoalkan adakah ini semua adil buat rakyat. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah begitu?

Justeru beliau menyatakan jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain pada masa mendatang.





KEMBALIKAN HAK KARIAH MENGURUSKAN MAJLIS ILMU DI MASJID

9 01 2012

IPOH ,9 Jan 2012. Cubaan pihak-pihak tertentu untuk campurtangan dalam pengurusan dan pentadbiran bagi menguasai masjid di Perak jelas tidak menghormati jemaah kariah di sesuatu kawasan.

Demikian tegas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika mengulas kekecohan yang berlaku berkenaan sekatan mengadakan kuliah subuh dan maghrib di Masjid Daerah Taiping baru-baru ini.

Menurut beliau, sekiranya mana-mana entiti politik yang berfahaman kebangsaan dan berfikiran sekular menguasai masjid, maka ianya akan membawa satu wabak yang bakal melumpuhkan peranan Masjid dalam mendidik ummah dan masyarakat setempat.

“Masjid yang terbabit dengan permainan puak seperti ini akan membawa kepada kerosakan dan pecah belah dikalangan ummah.”

“Apa yang dikehendaki ialah masjid yang diasaskan di atas jalan taqwa, yang mampu membawa jamaah dan ahli kariahnya mendekatkan diri kepada Allah,” katanya.

Oleh itu, golongan muttaqin tanpa mengira latar belakang mereka adalah orang yang paling layak untuk menjaga rumah Allah.

Beliau juga mahu fungsi masjid dan surau dikembalikan semula sesuai dengan matlamatnya untuk melahirkan manusia bertaqwa dan mengeratkan perpaduan umat Islam.

Pihak terbabit sepatutnya menghormati setiap jemaah masjid dan membiarkan mereka menentukan sendiri siapa yang akan menjadi pentadbir sesebuah masjid atau surau.

Dengan tindakan memberi peluang jemaah kariah untuk menguruskan masjid, maka keharmonian dan kejernihan dapat diserlahkan.

“Biarlah jemaah yang menentukan sendiri siapa yang akan mentadbir dan memimpin sesebuah masjid atau surau kerana mereka lebih mengetahui keadaan sesuatu tempat.

“Tanpa campur tangan politik kebangsaan dan sekular, menyebabkan institusi masjid dan surau dapat memainkan peranan mereka tanpa sebarang tekanan,” ujar beliau lagi.





KERAJAAN RAMPASAN KUASA UMNO PERAK AKAN DITAMATKAN OLEH RAKYAT PADA PRU 13 INI

9 01 2012

IPOH 5 Jan, PAS Perak menyatakan Umno BN terutamanya di Perak dilihat cukup terdesak dengan situasi politik di negeri ini, jelas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, walaupun Umno BN menguasai media massa di negara kita, namum ianya tidak cukup untuk meyakinkan rakyat untuk mempercayai berita-berita fitnah yang mereka lemparkan kepada Pimpinan Pakatan Rakyat khususnya di Perak.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa golongan muda kini semakin menjauhkan diri mereka dari Umno,dan perkara ini telah memaksa Umno BN Perak untuk turun padang menawan hati anak muda dalam program Jumpa Orang Muda ( JOM ) yang dianjurkan mereka.

Memetik ucapan beliau, “PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara”

“ Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, rakyat sentiasa diberikan berita-berita fitnah dari pemimpin Umno BN untuk menananm bibit-bibit kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat”

“ Dan terkini, sumber yang PAS Perak perolehi, kita melihat bahawa Adun-Adun Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka.”

Justeru PAS Perak melihat, kini Adun-Adun Umno sendiri sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh diterima oleh rakyat Perak atau tidak, tegas beliau.





UMNO GUNA FITNAH DAN PENIPUAN UNTUK MENZALIMI RAKYAT : PESURUHJAYA PAS PERAK

3 01 2012

IPOH 3 Januari, Umno/BN terpaksa menggunakan pelbagai fitnah dan penipuan serta memperbodoh rakyat di saat Pilihanraya Umum ke-13 kian hampir, tegas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian.

Kerajaan UMNO BN semakin terdesak dan jelas tidak boleh diselindung lagi bahawa pemimpin UMNO BN kini cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing sebelum rakyat menghukum mereka pada PRU 13 ini.

Menurut beliau lagi kebiasaannya dalam saat genting seperti ini pemimpin UMNO BN akan mencetuskan beberapa provokasi untuk mengaburkan rakyat akan kezaliman dan rasuah yang dilakukan mereka.

Tambah beliau, rakyat kini sudah celik untuk mendapat sumber maklumat yang benar dan disebabkan itu kebangkitan rakyat memaksa kepimpinan Najib mengakui segala penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan kerajaan UMNO BN.

Memetik ucapan beliau, “UMNO BN kini umpama “ Kapal usang yang hanya menunggu saat untuk karam “, dan kini Rakyat dan pengundi negara ini telah celik dan cukup sedar bahawa kerajaan UMNO BN telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang dimandatkan untuk memimpin negara dan membela nasib mereka.

“Kesemua penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional yang telah dibongkar masih belum dapat dijawab oleh Najib dan kabinetnya.

“Kezaliman dan penindasan terhadap peneroka-peneroka dalam merebut kekayaan FELDA oleh pemimpin tertentu UMNO BN terus dipertingkat dan digalakkan.

“Pendedahan penyalahgunaan wang zakat oleh Ketua Audit Negara oleh Menteri Jamil Khir terus dipertahan.

“Malah dalam kes syarikat Fidlot Nasional, rakyat masih terus dibohong apabila siasatan dan pertuduhan hanya dibuat terhadap lelaki yang disyaki menipu suami kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Eksekutif syarikat itu sendiri dan tidak terhadap pengarah-pengarah syarikat, yang terdiri dari anak-anak mereka mahu pun Shahrizat sendiri.

“Kebangkitan mahasiswa menuntut penghapusan AUKU dan hak dan kebebasan bersuara serta menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO dan Barisan Nasional segera ditentang dengan kekejaman dan kekerasan Polis.

“Dalam pada itu, usaha memporak-perandakan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini masih dileluasakan.” tegas beliau

Sehubungan itu beliau menyeru supaya seluruh rakyat berbilang kaum serta para pengundi menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang yang disifatkan semakin terdesak dan hilang identitinya.