KERJASAMA PAS-UMNO: PAS TIDAK AKAN MASUK PERANGKAP YANG DISEDIAKAN UMNO

21 07 2010

IPOH, 21 Julai – Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional. Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, beliau berkata, kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan. “Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” “ Bagi saya ini agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat “ Tegas Ustaz Abu Bakar yang mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat..
Menambah mengenai hal ini, Pesuruhjaya PAS Perak itu mengatakan, situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Mengulas mengenai hal ini, beliau mengatakan, kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional. Akan tetapi, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan di kalangan parti komponen dalam Barisan Nasional sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.
Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, mereka cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka.

Selain itu juga, beliau mengatakan, di antara lain, sebab utama timbulnya isu ini adalah untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara-perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

Melihat kelemahan UMNO dan BN dalam mentadbir negara kini. “Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Bagi saya kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan oleh kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia. “Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, kata beliau ketika mengakhiri sesi pertemuan tersebut.





MUFTI PERAK PERLU BIMBING PEMIMPIN UMNO AMALKAN AJARAN ISLAM DAHULU : PESURUHJAYA PAS PERAK

18 07 2010

IPOH, 18 Julai – Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.

Mengulas mengenai tindakan mufti perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin umno yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.

Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.

Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan beliau ” Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.

Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.

Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.





UMNO SESAT SEBAB LAWAN PERJUANGAN ISLAM

9 07 2010

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.





TINGKATKAN AKTIVITI SEBARAN MAKLUMAT SEMASA KEPADA RAKYAT : PAS PERAK

9 07 2010

IPOH, 9 Julai, Pesuruhjaya PAS Perak mengharapkan agar setiap ahli PAS Perak melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota penerangan yang melaksanakan tugasan menyebarkan maklumat secara aktif berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara bagi mengubah pemikiran rakyat.

Menurut beliau kegagalan petugas parti diperingkat akar umbi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutama orang Melayu di kawasan kampung menjadi punca kepada sukarnya penduduk di kawasan luar bandar mendapatkan maklumat.

“ kebanyakan penduduk kampung hanya memperolehi maklumat yang disampaikan TV dan akhbar Utusan Malaysia dan akhbar tajaan umno sahaja” ujar beliau

“ Sebab itu kita nak setiap ahli PAS berperanan sebagai penyampai maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat, khususnya dalam membongkar kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin umno bn dalam mentadbir negara,” katanya

“Contohnya kita boleh perincikan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara termasuk isu-isi terkini membabitkan pengambilan syarikat berlatar belakangkan rejim Zionis Israel, Apco yang menyediakan perkhidmatan komunikasi strategic yang dikaitkan penglibatan pemimpin Umno.” Tegas beliau lagi

Selain itu beliau juga mahukan agar jentera penerangan PAS perlu mempelbagaikan kegiatan penerangan bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendedahan isu semasa sesuai dengan latar belakang pemikiran dan budaya mereka.

“Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kita perlu mempelbagaikan teknik agar maklumat yang disampaikan berkesan dan dapat diterima oleh rakyat. Sebab itu pendekatan yang pelbagai teknik adalah penting dan perlu difahami,” katanya.





Takziah Buat Keluarga Allahyarham Al Fadhil Ustaz Shuib Husein

7 07 2010

PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Al
Fadhil Ustaz Shuib Husein ( Timbalan YDP PAS Kampar dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Perak) diatas pemergiannya kerahmatullah.

PAS Perak dan seluruh kawasan-kawasan kehilangan seorang pejuang yang begitu gigih dan sangat pakar dengan kerja-kerja pilihanraya. Pemergian Ust Shuib sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS di negeri Perak. Al Marhum seorang yang sangat mudah menerima undangan bagi memberi kursus atau taklimat yang berkaitan dengan pilihanraya, al Marhum jarang menghampakan jemputan-jemputan tersebut. Minatnya sangat mendalam dengan kerja-kerja pilihanraya, setiap kali ada pilihanraya di manapun, beliau pasti yang terawal sampai berkampung di DUN tersebut dan juga yang terakhir meninggalkan dun selepas berakhir pilihanraya.

Pengorbanan dan semangat juangnya inilah yang wajar dicontohi oleh ahli-ahli PAS terutamanya generasi muda. Semangatnya mengatasi anak-anak muda PAS dalam kerja-kerja pilihanraya.
PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK





JUDI BOLA MANSUH, KHIDMAT APCO JUGA PERLU DIMANSUH : PAS PERAK

1 07 2010

IPOH 29 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel. Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian
dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi
membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.

Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik
pelabur asing masuk kedalam Negara kita. Namun pada hakikatnya, kita
tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara
jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi
musuh ummat Islam, jelas beliau

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’
Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan
rakyat. Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan
bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut
kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam. Mana tidaknya,
kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah
menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin, tegas
beliau

Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan
menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita
pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun
apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat
yang datangnya daripada Israel sendiri. Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada
kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal
adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between
Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv.
APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat
khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat
selepas isu ini timbul. Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan
bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat
mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang
lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel
yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Semetara itu dalam sidang yang lain Setiusaha Badan Perhubungan PAS
Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta
itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa
sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh
mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat
perunding. Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang
boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk
kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja? Soal beliau

Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri
sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan
demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip
dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah
syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar
untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan
dengan kita? Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula
melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak
mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tegas beliau lagi