Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak yang baru telah menyampaikan satu tazkirah sulungnya dalam Mesyuarat Perhubungan PAS Perak yang pertama. Tazkirahnya berkisar dalam persoalan amanah & tanggungjawab kepimpinan.
Beliau mengingatkan bahawa setiap pemimpin gerakan Islam di semua peringkat mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : Ikhlas kerana Allah S.W.T, tazkiatun Nafs (membersihkan hati melalui amalan-amalan sunat), menambah ilmu, mendahulukan akhlak, tawadhu’, komitmen & tanzim yang sempurna,tahdid awlawiyyat (mengutamakan keutamaan), husnul taamul (muamalah yang mesra bersama masyarakat, sentiasa peka dengan isu,bertindak secara syarie/jamie (husnai aada’/murunatul amal, wala’ (kesetiaan)yang mantap, istiqamah & thabat, memiliki fikrah islah, elak perpecahan/dekatkan ukhuwah, syura didahulukan taqwa diutamakan,
Selain itu, kempen bubarkan dun akan diadakan secara berterusan, usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat, program bina insan & islah, operasi dakwah dan gerak kerja pilihanraya diperhebatkan, kempen memperkasakan parti, pengilmuan masyarakat, menjana kemantapan ekonomi.
Beliau juga mengingatkan supaya pimpinan PAS hendaklah memulakan operasi tazkiah dengan berpuasa setiap Isnin & Khamis. meninggalkan tabiat merokok dan mesra ahli.
Leave a Reply